HomeUtamaCOVID-19: 1 kluster baharu, 4 PKPD di Sabah

COVID-19: 1 kluster baharu, 4 PKPD di Sabah

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster direkodkan hari ini iaitu Kluster Sangkabok, Kuala Penyu merupakan kluster jenis komuniti dan menular di Kg Sangkabok dan Kg Tg Aru dalam Daerah Kuala Penyu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster ini dikesan apabila kes indeks, suri rumah, 62, disahkan positif RTK-Ag grading 10% hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 Julai 2021.

Katanya, berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat kes baharu.

Sementara empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula 5 Ogos 2021 hingga 18 Ogos 2021 melibatkan Kampung Banjar, Keningau, Kem 3 Sibulu, Tenom, Penampang Baru, Penampang dan Depot Tahanan Imigresen Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya