HomeUtamaCOVID-19 : 12 Kematian Direkodkan, Kekal Catat Empat Angka Kes Positif Baharu...

COVID-19 : 12 Kematian Direkodkan, Kekal Catat Empat Angka Kes Positif Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 12 kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah selain mencatatkan angka kes positif sebanyak 1010 kes berbanding 1166 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes kematian yang direkodkan, Kota Kinabalu mencatakan empat kes diikuti Sandakan dan Tawau masing-masing tiga kes manakala satu kes di Tuaran dan Putatan.

“Pada hari ini, Kota Kinabalu masih mencatatkan kes baharu positif COVID-19 yang tertinggi iaitu sebanyak 183 kes diikuti Sandakan 102 kes, Kinabatangan 92 kes dengan 67 kes adalah daripada Kluster Pauh.

“Selain itu, Tawau turut merekodkan kes sebanyak 90 kes, Tuaran 79 kes, Penampang 68 kes, Keningau 53 kes, Sipitang 53 kes, Papar 45 kes, Putatan 31 kes, Tongod 27 kes, Kunak 24 kes, Kota Marudu 24 kes, Kuala Penyu 20 kes dan Beaufort 19 kes,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, dua daerah iaitu Tambunan dan Ranau tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini.

Katanya, hari ini  juga terdapat satu kluster baharu dilaporkan di Kuala Penyu iaitu Kluster Sangkabok (Kluster Komuniti) dengan catatan empat kes pada hari ini.

“Sebanyak 146 kes hari ini datang daripada kluster-kluster antaranya Kluster Pauh, Kinabatangan yang merekodkan 67 kes, Kluster Jalan Corak di Tongod 21 kes dan Kluster Tinabau juga di Kinabatangan dengan 13 kes.

“Walaupun penyumbang utama kes-kes baharu datang daripada Saringan Kontak Rapat iaitu sebanyak 527 kes atau 52.18 peratus, tetapi peratusan daripada kategori Saringan Bergejala semakin bertambah pada hari ini iaitu 224 kes atau 22.18 peratus,” katanya.

Katanya, kategori saringan bergejala adalah jangkitan sporadik, tidak diketahui punca jangkitan.

Tambahnya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, peratusan kes sporadik yang semakin bertambah adalah satu petanda bahawa virus sudah berada dalam komuniti dan mudah merebak.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya