HomeIsu tempatanCucu ugut tetak nenek dengan parang, tidak beri wang

Cucu ugut tetak nenek dengan parang, tidak beri wang

Read Time:58 Second

BEAUFORT: Seorang cucu mengugut hendak menetak neneknya dengan sebilah parang hanya kerana tidak diberi wang dalam satu kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, satu laporan polis dibuat oleh pengadu atau mangsa pada 2 Ogos 2021, jam 12.26 tengah hari, menyatakan cucunya telah mengamuk dengan memegang sebilah parang kerana marah tidak diberikan wang.

Katanya, mangsa berusia 71 tahun yang juga nenek kepada suspek, cucu lelakinya berusia 43 tahun, pernah mengatakan mahu membunuh orang kerana sudah lama tidak membunuh orang selain mengasyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan lanjut mendapati pada 24 Julai 2021, jam 2.00 petang, suspek pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang yang diminta lalu dalam keadaan marah menetak beberapa kali bahagian dinding dan tangga di dalam dapur rumah mangsa menggunakan sebilah parang yang sama digunakannya pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Penyu dikerah ke tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kerukan, Kuala Penyu lalu merujuknya ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Beaufort,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya