HomeSukanSUKAN : Sabah FC Buru 3 Mata Di Stadium Likas Malam Ini

SUKAN : Sabah FC Buru 3 Mata Di Stadium Likas Malam Ini

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU:  Kehadiran semula beberapa tonggak utama yang tidak beraksi minggu lalu diharap mampu membantu “The Rhinos” mengutip tiga mata berharga dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas malam ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata setakat ini Sabah FC masih belum mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir selepas Liga Super disambung semula setelah berehat hampir dua bulan.

“Esok malam (malam ini) perlawanan yang sangat penting kerana kita perlu meraih tiga mata penuh untuk mengukuhkan peluang serta memperbaiki kedudukan Sabah FC di tangga liga.

“Paling mengembirakan lagi semua pemain juga dapat beraksi kecuali penyerang import, Josip Ivancic yang cedera ketika aksi menentang Terengganu FC minggu lalu dan juga Park Taesu yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu disini kelmarin.

Kurniawan berkata ketika sesi latihan terakhir skuad badak petang kelmarin beliau sudah mengenalpasti calon terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Josip yang lebih mesra dipanggil Yoyo oleh rakan sepasukannya.

“Kita mempunyai beberapa pemain yang tidak beraksi di Kuala Terengganu minggu lalu seperti Alto Linus dan Randy Baruh yang kini berada dalam tahap terbaik mereka untuk diturunkan dalam kesebelasan utama esok (malam ini),” katanya.

Menurut Kurniawan kehadiran mereka sudah tentu memberi impak positif buat Sabah FC dalam aksi pertemuan menentang KL City FC malam ini di Stadium Likas.

“Saya berharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan malam esok (malam ini) sekali gus meraih tiga mata penuh selain doa daripada penyokong dan peminat setia Sabah FC di seluruh negeri ini,” katanya.

Sabah FC berjaya meraih satu mata selepas seri tanpa jaringan pada aksi pusingan pertama menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee kekal bersama Sabah FC sehingga akhir musim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya