SICC Selamat Untuk Dikunjungi, Pematuhan SOP Terus Diperketatkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Orang awam tidak perlu risau untuk mengunjungi Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) termasuk bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua ruangan yang terdapat di SICC adalah sentiasa disanitasi.

“Selain itu, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) kendiri adalah sangat ketat di kalangan orang awam dan juga petugas SICC sendiri.

“Pada hari ini terdapat khabar angin dan tular kononnya beberapa pengunjung datang ke SICC pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu telah dijangkiti COVID-19 dan diminta untuk membuat ujian calitan, ingin saya maklumkan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, pihaknya menegaskan arahan yang tular itu bukanlah bersumber daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melainkan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, SICC merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Mega yang dilaksanakan sejak 10 Julai lalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *