PICK : Gelagat Penerima Vaksin Golongan OKU Curi Tumpuan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 25 Second

PAPAR: “Adoi sakitnya, ada rasa pedas masa kena cucuk!,” itu antara reaksi penerima vaksin Huo Che Chuan, 42,yang menerima vaksin pada Program Outreach Pendaftaran dan Vaksinasi COVID-19 CITF Daerah Papar.

Che Chuan yang ditemani abangnya Ma’aruf Huo Abdullah, 46,mengakui tidak berasa takut dengan suntikan vaksin dan jarum kerana mahu mencegah dari dijangkiti virus COVID-19.

Sepanjang 20 minit berada dalam  program itu,  Chuan yang  merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) anggota badan kelihatan tenang namun telatah comelnya ketika disuntik mencuri perhatian petugas media dilokasi. 

Anak kelima daripada 10 beradik itu tinggal bersama kakaknya di Kampung Ulu Kimanis Batu 14, bersebelahan dengan lokasi program jangkauan CITF,  SJK (C) Cheng Ming Papar, hari ini. 

Berbeza dengan Chuan, seorang lagi OKU, Amza Aqilla Engelbert, 23, dari Kampung Mandubai Batu 14 Ulu Kimanis menerima vaksin sama di dalam kenderaan bapanya, Engelbert Simok.

Dia yang merupakan OKU Autisme juga memahami tujuan dia divaksin setelah diberi penjelasan daripada ahli keluarga.

Turut mendapatkan vaksinasi tersebut ialah warga emas OKU,  Bin Gat Tinggalung, 92, yang kehilangan kaki kanan akibat jangkitan kuman, diiring petugas Jabatan Sularelawan Malaysia (Rela) menggunakan kerusi roda.

Melihat kepada komitmen dan solidariti golongan OKU ini, meski berdepan kesukaran untuk bergerak dengan kudrat sendiri tetapi mereka tetal cekal mendapatkan vaksinasi dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap negara. 

Jadi, atas alasan apa lagi yang mahu terus dipertahankan oleh golongan antivaksin? Daftar dan vaksin dengan segera demi melindungi diri dan orang di sekeliling./PENERANGAN

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *