HomeUtamaCOVID-19: Kontak Rapat penyumbang utama kes tertinggi di Sabah

COVID-19: Kontak Rapat penyumbang utama kes tertinggi di Sabah

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah iaitu 772 kes atau hampir 60%, mencatatkan kes baharu COVID-19 yang tertinggi hari ini iaitu 1,291 kes dan melibatkan lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu 1 kes di Tuaran dan Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, empat daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit, iaitu Kota Kinabalu 282 kes, Tawau 177 kes, Penampang 131 kes dan Papar 112 kes.

Lima daerah pula merekod jumlah kes harian melebihi 50 kes, Tuaran 96 kes, Sandakan 72 kes, Sipitang 54 kes, Beaufort 54 kes dan Keningau 52 kes. Empat daerah melepasi 20 kes harian, Kinabatangan 21 kes, Kota Belud 28 kes, Putatan 31 kes dan Ranau 40 kes. Semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu.

Masidi berkata, Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah iaitu 772 kes atau hampir 60%. Namun, kes bergejala yang tidak diketahui dari mana punca sporadik juga kekal tinggi, iaitu 299 kes atau 23.16%. Di daerah Kota Kinabalu, 107 kes daripada 282 kes yang dicatat hari ini adalah melalui Saringan Bergejala iaitu sebanyak 38%. Di Tuaran, 35% daripada jumlah kes juga adalah daripada kategori bergejala.

Manakala, Kluster Sedia Ada menyumbang 70 kes atau 5.42% daripada jumlah kes keseluruhan dan 73 kes atau 5.65% adalah daripada Saringan Bersasar di lokaliti-lokaliti PKPD.

“Keutamaan sekarang ialah untuk mempertingkatkan pemberian vaksin di kalangan penduduk dan ini bermakna kita memerlukan bekalan vaksin yang cukup sepanjang masa.

“Kerajaan Negeri Sabah di jangka akan mengumumkan dalam masa terdekat beberapa langkah dan inisiatif baharu bagi memastikan kelancaran program vaksinasi di Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 770 menjadikan jumlah kumulatif 80,597 orang.

Seramai 4,402 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,048 orang di hospital, 3,326 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 20 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta.

Manakala bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 133 orang dan 54 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya