HomeUtamaPICK : Sebanyak 35 Peratus Kadar Vaksinasi Disasarkan Di Parlimen Kimanis...

PICK : Sebanyak 35 Peratus Kadar Vaksinasi Disasarkan Di Parlimen Kimanis Sehingga Akhir Bulan Ini

Read Time:1 Minute, 34 Second

PAPAR: Sebanyak 35 peratus kadar vaksinasi disasarkan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi Parlimen Kimanis sehingga penghujung Ogos ini.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata, sasaran itu melibatkan jumlah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut. 

“Anggaran vaksinasi setakat ini amat rendah sekitar 20 peratus bagi kawasan Parlimen Kimanis. Oleh itu, kita menggesa agar program jangkauan luar ini terus diperbanyakkan lagi terutama di kawasan-kawasan yang jauh.

“Namun, kita yakin akan dapat mencapai sasaran 35 peratus vaksinasi sehingga akhir Ogos ini bagi kedua-dua DUN iaitu Bongawan dan Membakut,” katanya.

Mohamad ditemui media selepas membuat tinjauan operasi pendaftaran dan pemberian vaksinasi menerusi Program Jangkauan Luar Vaksinasi COVID-19 Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Papar di SJK (C) Cheng Ming disini hari ini.

Program jangkauan itu juga dirangka khas bagi vaksinasi kepada empat buah kampung terdiri daripada Kampung Kinolosodon, Batu 14, Kampung Penampang Baru dan Kampung Daingin.

Antara yang mengiringi beliau ialah Pegawai Daerah Papar Hadzlan Jablee dan Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan), Jainuddin Jumat, PPM Bongawan, Yusof Minin dan Pegawai Penerangan Daerah, Sam Mansibu. 

Mengulas lanjut mengenai program jangkauan tersebut, beliau berpuas hati dan berharap program CITF itu akan diperbanyakkan lagi khususnya di kawasan yang terpencil bagi menjayakan hasrat kerajaan mencapai imuniti kelompok. 

“Program Jangkauan Luar ini adalah alternatif untuk memberi peluang dan memudahkan rakyat mendapatkan vaksin COVID-19.

“Oleh kerana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) agak jauh, jadi jika kita minta mereka datang, ia akan sedikit menyusahkan mereka.

“Justeru itu, kita permudahkan supaya mereka boleh datang dengan cepat dan ini akan mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dan usaha ke arah mencapai imuniti kelompok akan dapat direalisasikan,” ujarnya. 

Tambah beliau setakat jam 11 pagi, lebih 500 orang penduduk telah diberikan dos pertama vaksin jenis Sinovac iaitu 50 peratus daripada jumlah vaksin yang disediakan pada program berkenaan./PENERANGAN.

RELATED ARTICLES
SPRM Sabah tahan reman dua beranak disyaki terlibat sindiket pengeluaran pas lawatan IMM 13 di Sandakan.
Utama

Sindiket pengeluaran pas lawatan IMM 13, dua beranak ditahan reman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular