HomeUtamaCOVID-19 : Hampir Keseluruhan Daerah Kini Zon Merah, 13 Kematian Direkodkan Di...

COVID-19 : Hampir Keseluruhan Daerah Kini Zon Merah, 13 Kematian Direkodkan Di Sabah Hari Ini

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Peningkatan kes harian COVID-19 di Sabah sejak beberapa hari lalu menyaksikan hampir 96 peratus daripada 27 daerah di negeri ini bertukar status kepada zon merah dan hanya satu daerah sahaja berada di zon jingga.

Sabah masih mencatat jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi iaitu sebanyak 1255 kes hari ini berbanding 1291 kes yang dicatatkan semalam selain turut merekodkan sebanyak 13 kes kematian di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dari jumlah kes positif harian yang dicatatkan , sebanyak 241 kes diperolehi di Kota Kinabalu diikuti Tawau sebanyak 135 kes.

Walaubagaimanapun katanya, kes baharu di Tuaran melambung tinggi ke 143 kes, iaitu penambahan sebanyak 47 kes yang dicatatkan daripada 39 kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta 79 kes kontak rapat.

“Kes baharu di Beluran juga naik mendadak ke 123 kes, dimana 109 kes daripadanya melalui saringan bersasar.

“Kelmarin, Beluran hanya mencatatkan enam kes. Kes baharu di Sandakan juga mencatatkan penambahan kes yang tinggi, daripada 72 kes kelmarin kepada 108 kes hari ini. Kluster baru Lebuh Empat menyumbang 39 kes bagi daerah tersebut,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada kes baharu, yakni 618 kes atau 49.24 peratus, kategori bergejala 247 kes atau 19.68 peratus dan kes daripada saringan kluster sebanyak 131 kes atau 10.43 peratus.

Katanya, kes-kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokasi-lokasi PKPD menyumbang hampir 15 peratus  atau 187 kes kepada kes keseluruhan.

“Hari ini terdapat dua kluster baharu hari ini iaitu Kluster Sarikan, Nabawan dan Kluster Lebuh Empat, Sandakan.

“Sebanyak 38 kes baharu hari ini melibatkan OKT, iaitu tahanan di penjara / pusat tahanan sementara bagi mereka yang menunggu dihantar balik ke negara asal,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya