COVID-19: 39 kes positif melibatkan anggota dan OKT di lokap IPD Sandakan cetus kluster baharu di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua Kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan anggota dan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan manakala Kluster Sarikan, Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.

“Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan anggota IPD Sandakan dan OKT di Lokap IPD Sandakan,” kata Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kes indeks merupakan OKT lelaki, 63, yang disahkan positif COVID-19 (RTK-Antigen) dalam saringan OKT dan didaftarkan pada 05 Ogos 2021 hasil saringan OKT.

Berikutan kes tersebut, saringan kontak dijalankan dengan mengambil 122 sampel. Daripada jumlah tersebut, 50 sampel dikesan positif, termasuk 39 kes baharu hari ini iaitu 35 OKT dan empat anggota IPD Sandakan. Manakala, baki 71 sampel didapati negatif.

Sementara kluster kedua iaitu Kluster Sarikan, Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.

Masidi berkata, kes indeks adalah lelaki, 34, yang disahkan positif COVID-19 pada 3 Ogos 2021 setelah bergejala demam, sakit tekak, selesema, batuk, hilang deria rasa dan bau sejak 27 Julai 2021.

Namun daripada 48 kontak yang disaring, 14 individu dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

Manakala, 34 individu masih menunggu keputusan saringan pertama.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *