HomeLuar negaraThailand Diancam Varian Delta Yang Mengganas

Thailand Diancam Varian Delta Yang Mengganas

Read Time:1 Minute, 59 Second

BLOOMBERG

BANGKOK: Thailand sedang berdepan dengan ancaman serius varian Delta selepas jangkitan mula merebak ke banyak wilayah selain di kota metropolitan, Bangkok.

Data menunjukkan, hampir keseluruhan 60 kes harian baharu COVID-19 ketika ini dilaporkan di luar ibu negara itu, yang dikesan mempunyai kadar vaksinasi yang rendah dan kurangnya kekangan perjalanan.

Kadar jangkitan baharu adalah di antara 300 perjuta penduduk, lebih kecil dari Indonesia atau India tetapi catatan harian kes baharu sudah mencecah 21,379 kes, yang dilaporkan semalam.

Penularan yang cepat varian Delta itu memaksa kerajaan untuk meneruskan dan meluaskan langkah membendung jangkitan COVID-19 yang sudah dilaksanakan terhadap 40 peratus populasi Thailand atau tiga suku ekonomi.

Penularan yang semakin membimbangkan itu juga merencatkan rancangan untuk membuka sempadan kepada pelancong yang divaksin sepenuhnya dari pertengahan Oktober ini dan ia usaha untuk memulihkan ekonomi yang bergantung kepada sektor pelancongan, sekali gus mengakibatkan mata wang negara jatuh ke paras terendah dalam tiga tahun.

Sejak beberapa minggu ini, kes membabitkan varian Delta sudah mencecah ke hampir seluruh negeri di Thailand, dengan hampir 80 peratus jangkitan baharu di seluruh negara kini dikesan oleh strain sama yang dikesan pertama kali di India.

Pihak berkuasa kesihatan Thailand berkata, meskipun sekatan COVID-19 dilihat tidak menunjukkan hasil penurunan yang cepat, ia diharap mampu memperlahankan jangkitan, sekaligus mengurangkan tekanan kepada sektor kesihatan.

Ketika ini pihak berkuasa juga sedang melaksanakan program vaksinasi secara agresif di ibu negeri wilayah itu termasuklah perintah berkurung bagi mengekang jangkitan.

Data Kementerian Kesihatan Thailand ketika ini menunjukkan, hampir 70 peratus penduduk di Bangkok sudah menerima suntikan pertama, manakala hanya 21 peratus populasi di seluruh negara sudah menerima suntikan pertama.

Bekas wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Thailand, Dr William Aldis, berkata fokus kerajaan terhadap tumpuan utama virus hanya merisikokan lebih banyak kluster di negeri-negeri yang tidak langsung berada dalam sekatan.

“Kegagalan untuk mencapai kadar vaksinasi di Thailand ketika ini boleh mengakibatkan bencana.

“Anda sedang memberi respons terhadap perkara yang sudah terjadi dan akhirnya anda akan mengejar virus itu di seluruh negara. Sudah nyata sekiranya tidak cukup vaksin diedarkan, ia hanya akan berpusing di tempat sama,” kata Dr Aldis.

Thailand ketika ini perlahan dalam program vaksinasi disebabkan kekurangan bekalan, namun sudah mendapatkan 19 juta dos, cukup untuk menyuntik 13.6 peratus populasi mereka.

Jumlah jangkitan aktif ketika ini adalah melebihi 200,000 dalam tempoh beberapa ini, dan hospital negara juga sedang menghadapi sekitar 5,000 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal. –

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya