HomeUtama85 Kes Positif Dilaporkan Di Parlimen, 6 Kes Berkemungkinan Dari Varian Delta

85 Kes Positif Dilaporkan Di Parlimen, 6 Kes Berkemungkinan Dari Varian Delta

Read Time:1 Minute, 39 Second

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur.

Menurut KKM Sehingga kini, secara keseluruhannya terdapat 85 kes positif COVID-19 yang disahkan dengan ujian RT-PCR di mana 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat.

Tambahnya 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat dimana Sembilan kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga kes kontak rapat dan Lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Setakat ini, enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) dan masih menunggu keputusan akhir.

Untuk makluman, daripada lapan kes yang baharu yang dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021, lima kes mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT PCR di antara 18.00 sehingga 27.68, dan tiga (3) kes dengan CT value di antara 35.14 sehingga 37.59;

empat kes mempunyai gejala ringan manakala yang lain tidak bergejala;• tujuh kes positif telah mendapat vaksin COVID-19 (sekurang-kurangnya mendapat satu dos), da satu kes adalah kanak-kanak berusia tujuh tahun (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin.

Hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen.

KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif COVID-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi.

Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala, jalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan rawatan segera kata kenyataan itu lagi

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya