Sabah FC Hadapi Cabaran Besar Bertemu JDT Tanpa Kehadiran 2 Pemain Import

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC menghadapi cabaran besar selepas dua pemain importnya tidak dapat beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok (Ahad).

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata pemain tengah import dari Korea, Park Taesu serta penyerang Croatia, Josip Ivancic disahkan masih berada dalam senarai kecederaan.

Katanya JDT merupakan satu pasukan unggul dengan serba serbi lengkap tentunya memberi cabaran yang tersendiri untuk skuad ‘The Rhinos’.

“Kita tahu JDT team yang kuat. Di Stadium Likas kita ditewaskan 4-1. Kemudian team kami juga belum dapat diperkuat sepenuhnya.

“Jadi kami harus menggunakan sebaik mungkin tenaga pemain sedia ada dengan jadual perlawanan yang sangat padat ini. Tentunya kita harus berfikir bagaimanakah “rotation” permain dan  taktikal yang akan digunakan untuk menghadapi JDT malam esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu hari ini.

Kurniawan berkata paling penting pemain diturunkan nanti adalah yan mempunyai tahap kecergasan 100 peratus serta fokus kepada perlawanan yang dianggap sangat berat.

Menyentuh mengenai perangkap ‘Offside’ yang dilakukan Amri Yahya ketika menentang Terengganu FC & Kuala Lumpur City FC, Kurniawan berkata ia merupakan inisiatif daripada Amri sendiri.

“Dia (Amri) adalah pemain yang berpengalaman tentunya mengerti keadaan atau situasi di dalam padang….Jadi saya katakan bahawa Amri seorang pemain yang sangat pintar.

“Jadi dia tahu apa yang harus dilakukan baik saat attack mahupun ketika bertahan dan salah satunya adalah ‘offiside trap’ yang dilakukan oleh Amri atas inisiatifnya sendiri,” katanya.

Kurniawan berkata Sabah FC memang masih memerlukan Levy Madinda berikutan dia merupakan seorang pemain yang kuat dengan bola.

“Dia (Levy) bisa control game atau di midfield area kemudian bola dengan dia juga tidak cepat hilang dan yang paling penting adalah vision dan killer pass dia saat attack,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *