HomeUtamaCOVID-19: Saringan Kontak Rapat penyumbang tertinggi kes positif di Sabah

COVID-19: Saringan Kontak Rapat penyumbang tertinggi kes positif di Sabah

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Seluruh daerah di negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 terus meningkat pada hari ini iaitu sebanyak 1,379 kes melibatkan lima kes kematian dilaporkan iaitu dua kes di Kota Kinabalu, dua kes di Tuaran dan satu kes di Sipitang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, sebanyak 752 kes daripada Saringan Kontak Rapat adalah penyumbang tertinggi kepada peningkatan jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini.

Katanya, data lapangan menunjukkan terdapat peningkatan tinggi kes positif di dua kluster sedia ada iaitu Kluster Gambaron 2 di Telupid sebanyak 68 kes manakala Kluster Pauh di Kinabatangan 60 kes.

Turut dinyatakan, daerah Kota Kinabalu juga mencatat kenaikan +110 kes berbanding semalam, yakni 241 kes kepada 351 kes, di mana hampir 66% merupakan Kontak Rapat, manakala 83 orang atau 24% merupakan hasil saringan mereka yang bergejala.

Manakala Tuaran mencatat pertambahan daripada 143 kes kepada 152 kes, Tawau daripada 135 kes kepada 160 kes, Penampang daripada 92 kes kepada 113 kes, Putatan daripada 23 kes kepada 64 kes, Telupid daripada tujuh kes kepada 72 kes dengan 68 kes adalah daripada Kluster Gambaron 2 dan Kinabatangan daripada 17 kes kepada 61 kes dengan 60 kes adalah daripada Kluster Pauh.

Masidi berkata, kecuali kes-kes yang melibatkan kluster, penambahan yang tinggi berlaku di kawasan perbandaran kerana jangkitan mudah terjadi di tempat kerja dan semasa interaksi sosial.

Beliau juga menegaskan sekali lagi, rakyat diseru agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan fizikal serta penggunaan pelitup muka, tidak keluar kecuali perlu dan mengurangkan kegiatan-kegiatan sosial.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya