COVID-19: Daerah Kota Kinabalu catat kes terbanyak 326 kes hari ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak iaitu 326 kes, hampir 24% daripada keseluruhan jumlah kes di Sabah hari ini.

Jumlah kes baharu COVID-19 terus bertambah dan hari ini mencatatkan 1,383 kes iaitu penambahan 136 kes baharu berbanding 1,247 kes semalam selain 12 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Tawau, tiga kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di Keningau, Telupid, Kota Kinabalu dan Tenom.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beberapa daerah merekodkan kenaikan kes yang ketara, Sandakan 86 kes, Keningau 36 kes, Kota Belud 18 kes, Kinabatangan 21 kes , Kota Marudu 37 kes, Beluran 23 kes dan Tenom 17 kes.

Katanya, daerah Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak iaitu 326 kes, hampir 24% daripada keseluruhan jumlah kes di Sabah hari ini diikuti Tawau 168 kes , Sandakan 138 kes, Tuaran 92 kes, Penampang 80 kes, Keningau 79 kes, Kota Belud 66 kes, Beaufort 65 kes, Kinabatangan 49 kes , Kota Marudu 41 kes, Papar 39 kes, Beluran 33 kes, Tenom dan Putatan masing-masing 30 kes.

Bagaimanapun, Kontak Rapat penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah, iaitu
54.16% atau 749 kes, Saringan Bergejala 23.28% atau 322 kes, Saringan Kluster 8.03% atau 111 kes dan Saringan Bersasar 5.28% atau (73) kes.

Satu kluster baharu diisytiharkan hari ini di Kampung Timbua, Ranau yang sehingga kini merekod kumulatif sebanyak 48 kes, termasuk satu kes baharu hari ini.

Manakala daripada 1,383 kes hari ini, 1,064 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, 19 kes dalam Kategori 3, 12 kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam kategori 5. Namun 282 kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *