HomeUtamaKerajaan membenarkan vaksinasi secara 'walk in' di Sabah

Kerajaan membenarkan vaksinasi secara ‘walk in’ di Sabah

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini memutuskan memberikan kebenaran bagi Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara yang layak menerima vaksin untuk hadir secara “walk in” di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh daerah di Negeri Sabah.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri mengatakan bahawa Kerajaan Negeri berpuas hati dengan kadar pemberian vaksin harian yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Beliau juga menyeru agar orang ramai yang hadir semasa menerima vaksin mestilah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular