FKI UMS Bakal Tawar Kursus Akademi Perkhidmatan Web Amazon

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 16 Second

LABUAN: Kursus teknologi berasaskan modul Akademi Perkhidmatan Web Amazon (AWS) dijangka akan ditawarkan oleh Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah pada tahun ini.

Menurut Dekan FKI, Prof. Dr. Abdullah Gani, untuk tujuan itu sembilan pensyarah FKI baru-baru ini telah mengikuti kursus atas talian anjuran AWS sebagai persiapan awal.

Kesemua pensyarah ini mengikuti The Train-of-Trainer (ToT) AWS Technical Essentials & Architecting on AWS dan diberikan pendedahan tentang teknologi AWS yang terkini berkaitan keselamatan, seni bina, dan penyimpanan awan (Cloud Storage).

“Mereka juga akan mengambil peperiksaan profesional AWS untuk menjadi jurulatih profesional yang diperakui dalam Cloud Architecture pada bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdullah berkata, kursus itu dirancang untuk mengatasi jurang teknologi antara universiti dan industri terhadap Revolusi Industri 4.0. (IR 4.0) terutamanya dalam perkhidmatan awan (Cloud Service).

“Semua pensyarah FKI yang lulus peperiksaan profesional akan menjadi jurulatih bertauliah (certified trainer) AWS untuk memberikan kursus berasaskan modul yang disediakan AWS.

“Pada peringkat permulaan, kursus ini akan dibuka kepada pelajar UMS yang berminat.

“Bagi pelajar yang berjaya menamatkan kursus, mereka akan memperoleh Sijil AWS yang diiktiraf oleh industri sekali gus memberi ruang pasaran kerjaya yang lebih meluas.

“Kita juga berkemungkinan akan menawarkan kursus ini kepada orang awam kelak,” jelas Abdullah.

Untuk rekod, teknologi AWS antara lain digunakan oleh pelanggan di Malaysia untuk menjalankan aplikasi core enterprise, menganalisis data, live streaming video, membina platform e-dagang, melancarkan perniagaan baru, host websites, menyampaikan aplikasi sosial dan mudah alih global, dan meluaskan persekitaran di premis.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *