COVID-19: Majlis keagamaan cetus kluster baharu di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini berpunca daripada majlis keagamaan di Kg Batu Linting, Kuala Penyu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Batu Linting, Kuala Penyu melibatkan penularan COVID-19 dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada majlis keagamaan.

Katanya, kes indeks adalah wanita, 34, yang dikesan positif dengan keputusan ujian RTK Antigen grading 100% dalam saringan bergejala di Hospital Kuala Penyu.

Berikutan kes tersebut, saringan kontak menunjukkan wujud pertambahan kes positif susulan saringan kontak rapat serta kontak sosial dan ia berkait rapat dengan majlis keagamaan yang diadakan di rumah kes indeks pada 31 Julai 2021.

Daripada 45 sampel yang diambil, terdapat 29 kes positif termasuk lapan kes baharu hari ini yang dikesan di Kg Batu Linting, Kg Mansud dan Kg Bundu dan Kg Kupang.

Dalam perkembangan lain, lima lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 14 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021 iaitu dua lokaliti di Keningau, Kilang & Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn. Bhd., Batu 27, Jalan Sook dan Perusahaan & Kuarters Pekerja Kosinar Sdn.Bhd., Batu 28, Jalan Sook, Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *