HomeUtamaCOVID-19 : 28 Kematian Direkodkan, Penularan Di Tempat Kerja Sumbang Kes Positif...

COVID-19 : 28 Kematian Direkodkan, Penularan Di Tempat Kerja Sumbang Kes Positif Tinggi Di Ibu Negeri

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Jangkitan virus COVID-19 di sebuah pelantar minyak dan di tapak binaan sebuah hotel di Kota Kinabalu terdiri daripada warga Filipina, China dan Malaysia menjadi antara penyumbang kepada jumlah kes yang tinggi bagi daerah itu hari ini iaitu sebanyak 635 kes.

Jumlah itu melibatkan kumulatif harian di Sabah sebanyak 2,052 kes berbanding 1,514 kes yang dicatatkan semalam selain turut merekodkan angka kes kematian yang tinggi sebanyak 28 kes membabitkan daerah beberapa buah daerah di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beberapa daerah lain juga mengalami penambahan kes baharu yang tinggi iaitu Tuaran 126 kes, Tawau 178 kes, Beaufort 86 kes dan Kota Belud 84 kes.

Katanya, selain itu, daerah Lahad Datu turut mencatat peningkaatan daripada 23 kes kepada 50 kes, Ranau daripada 14 kes kepada 44 kes, Telupid daripada 23 kes kepada 77 kes, Sipitang daripada 29 kes kepada 46 kes dan Tongod daripada sembilan kes kepada 21 kes.

“Daripada 2,052 kes baharu, sebanyak 1,154 kes atau 56.24 peratus melibatkan Kontak Rapat dan sebanyak 440 kes atau 21.44 peratus adalah kes melalui Saringan Bergejala.

“Selain itu sebanyak 91 kes daripada Saringan Kluster Sedia Ada dan 71 kes melalui Saringan Bersasar manakala, 14.4 peratus atau 296 kes adalah daripada kategori-kategori lain,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, sejumlah 173 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksana dalam tempoh 24 jam melibatkan pemeriksaan 37,884 buah kenderaan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 200 buah kenderaan diarah berpatah balik dan pada hari ini pihak polis telah melaksanakan 65 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya