HomeUtamaCOVID: Pesakit Kategori 2 Catat Peningkatan

COVID: Pesakit Kategori 2 Catat Peningkatan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Pesakit COVID-19 dalam kategori dua atau menunjukkan gejala ringan mencatat jumlah peningkatan tinggi berbanding kategori satu iaitu seramai 995 kes atau 60.2 peratus daripada jumlah kumulatif harian kes di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi pesakit kategori satu atau tidak bergejala pula mencatatkan sebanyak 306 kes atau 18.5 peratus daripada keseluruhan 1,654 kes baharu.

“Bagi kategori tiga mencatatkan lapan kes; empat kes dalam kategori empat dan tiga kes dalam kategori lima.

“Daripada 1,654 kes hari ini sebanyak 956 kes atau 57.8 peratus adalah daripada saringan kontak rapat dan 528 kes atau 31.9 peratus melalui saringan bergejala,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, trend semasa memperlihatkan kenaikan ketara kategori bergejala dibeberapa daerah dimana satu isyarat bahawa penularan virus COVID-19 semakin meluas di kalangan komuniti.

Katanya, di daerah Kota Kinabalu, hampir 37 peratus kes baharu hari ini adalah daripada kategori bergejala, Tawau 43 peratus, Tuaran 41.6 peratus, Penampang 29 peratus dan Sandakan 41 peratus.

“Kategori Bergejala adalah kes-kes yang menular dalam komuniti secara sporadik, yakni punca penularan sebenar tidak diketahui,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 15 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu membabitkan enam di Kota Kinabalu; masing-masing tiga di Tawau dan Sandakan manakala Beaufort; Papar dan Keningau masing-masing mencatatkan satu kes.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya