HomeUtamaKerajaan Beri Tempoh Sebulan Untuk Lengkapkan Vaksinasi

Kerajaan Beri Tempoh Sebulan Untuk Lengkapkan Vaksinasi

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Pekerja dalam pengoperasian restoran dan pasaraya termasuk perhotelan yang masih belum divaksin atau belum lengkap divaksin diminta untuk hadir ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdekat untuk mendapatkan suntikan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, mereka yang terlibat diberi masa sebulan bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebelum penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan sepenuhnya.

“Penguatkuasaan SOP bagi restoran (dine-in) dan pasaraya pada peringkat awal adalah lebih berbentuk pendidikan dan peringatan, bukan untuk mengenakan penalti.

“Kita berharap semua yang terlibat dalam sektor ini akan memperolehi vaksin lengkap dalam

masa satu bulan. Penguatkuasaan kepada pematuhan SOP akan dilaksanakan sepenuhnya selepas itu,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata, dengan mengambilkira kedudukan pandemik COVID-19 semasa di negeri Sabah yang mencatatkan kes yg tinggi setiap hari, adalah perlu bagi semua pihak untuk mengambil apa juga tindakan untuk mengurangkan penularan

Katanya, langkah untuk menguatkuasakan SOP baharu di restoran dan pasaraya adalah bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dalam ruang niaga.

“Ini akan memberi manfaat dan jagaan kesihatan kepada pekerja dan juga pelanggan.

“Langkah ini juga akan mengurangkan risiko penularan virus COVID-19 semasa berada di restoran dan pasaraya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, bagi pekerja-pekerja pasaraya, restoran dan hotel disekitar Kota Kinabalu, mereka boleh datang ke PPV Pusat Konvensyen AntarabangsaSabah (SICC) untuk tujuan vaksinasi.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular