HomeUtamaPICK : 600 Kakitangan, Pekerja Ladang & Penduduk Kampung Terima Vaksinasi Menerusi...

PICK : 600 Kakitangan, Pekerja Ladang & Penduduk Kampung Terima Vaksinasi Menerusi ‘Outreach’

Read Time:1 Minute, 4 Second

BEAUFORT : Kumpulan Sawit Kinabalu meneruskan pelaksanaan Program Jangkauan Luar Vaksinasi ke bahagian Pantai Barat Sabah bagi membantu kerajaan mempercepatkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam satu kenyataan, program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut menyasarkan kakitangan dan pekerja Sawit Kinabalu serta penduduk sekitar di Kampung Lumadan disini.

Ia merupakan lokasi kedua pelaksanaan program berkenaan selepas berjaya dilaksanakan di Rawat dan Rehat (R&R) Simpang 3 Langkon Kota Marudu awal bulan ini.

Menurut kenyataan itu, Sawit Kinabalu menyasarkan seramai 600 orang melibatkan kakitangan dan pekerja Sawit Kinabalu serta penduduk sekitar yang dilaksanakan selama sehari di Dewan Sri Dayang Lumadan kelmarin.

Program itu turut dihadiri Pengurus Besar Ladang Bahagian Wilayah Pantai Barat Syed Khairul Malay Rasheed, Pengurus Kanan Sumber Manusia Ibu Pejabat Sawit Kinabalu Sufri Hajar, Pengurus Ladang Lumadan Alex Kopong, dan Eksekutif Sumber Manusia Bahagian Wilayah Pantai Barat Mohd Dzulizwan Julius.

Kumpulan Sawit Kinabalu yang merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Sabah turut komited untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khususnya memberikan vaksinasi kepada penduduk setempat.

Selain itu, pihaknya juga turut komited untuk memastikan semua kakitangan dan pekerja dibawah Kumpulan Sawit Kinabalu diberi vaksinasi sepenuhnya bagi membolehkan diberi kebenaran untuk pekerja ladang bekerja seperti biasa dengan kapasiti penuh seperti yang diumumkan kerajaan negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya