HomeUtamaMalaysia Terima 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Daripada UAE

Malaysia Terima 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Daripada UAE

Read Time:1 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menerima sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membantu Malaysia memerangi pandemik itu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan vaksin COVID-19 yang diterima Malaysia daripada beberapa negara kepada hampir lima juta dos.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sumbangan itu adalah hasil hubungan akrab antara Malaysia dan UAE, yang membawa manfaat bermakna terhadap usaha menangani COVID-19.

Katanya, ia bukan kali pertama UAE menghulurkan bantuan kepada Malaysia , berikutan negara itu turut menyumbang peralatan perubatan tahun lalu, yang membantu Malaysia di awal penularan wabak itu.

“Negara kita bakal menerima satu juta dos vaksin secara percuma sumbangan UAE. Syukur Alhamdulillah.

“Ini bukan kali pertama UAE hulur sumbangan. Tahun lepas, kita terima lebih tujuh tan peralatan perubatan pelbagai jenis yang banyak membantu usaha awal petugas barisan hadapan perubatan kita memerangi COVID-19.

“Bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat, Yang Mulia Putera Abdullah Bin Zayed Al-Nahyan dan Kerajaan UAE.

“Keprihatinan yang sangat dihargai Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Hishammuddin mengumumkan Malaysia menerima sejumlah bantuan dan sumbangan hampir empat juta dos vaksin COVID-19 dan peralatan perubatan daripada beberapa negara sejak Jun lalu.

Antaranya oleh Arab Saudi menerusi Pusat Tindakan Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief), yang menyumbang satu juta dos vaksin serta 4.5 juta peralatan perubatan, antaranya terdiri daripada ventilator, oximeter, katil elektrik, PPE, sarung tangan dan pelitup muka bernilai AS$5 juta (RM21 juta).

Selain itu, Malaysia turut menerima sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca daripada United Kingdom, satu juta dos vaksin Pfizer daripada Amerika Syarikat, satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada Jepun dan 500,000 dos vaksin Sinovac daripada China.

Brunei turut mengumumkan sumbangan kelengkapan perubatan bernilai RM1.7 juta, yang membantu usaha negara mengekang penularan COVID-19 di Labuan, Sabah dan Sarawak. BH

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya