HomeIsu tempatanSHAREDA Sumbang Dana Kepada HWKKS Bagi Dapatkan Peralatan Perubatan Penting

SHAREDA Sumbang Dana Kepada HWKKS Bagi Dapatkan Peralatan Perubatan Penting

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) telah menyumbang sejumlah RM100,000 kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) bagi mendapatkan peralatan perubatan yang penting.

Presiden SHAREDA Datuk Chua Soon Ping berkata, ramai dalam kalangan wanita mengandung telah dijangkiti COVID-19 dan memerlukan pembedahan untuk bersalin disebabkan wabak yang menjadi ancaman utama kepada bayi yang belum dilahirkan.

“Oleh kerana bilangan ibu mengandung yang dijangkiti COVID-19 semakin meningkat (kategori 4 dan 5), ramai dalam kalangan mereka juga terpaksa bersalin menggunakan kaedah pembedahan.

“Oleh itu, hospital memerlukan dana bagi mendapatkan lebih banyak kemudahan berkaitan untuk mengatasi kekurangan dihadapi. Saya juga berharap lebih banyak syarikat swasta akan tampil ke hadapan untuk membantu HWKKS di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Chua menyerahkan bantuan kepada Pengarah Hospital HWKKS Dr Marcus Netto.

Beliau berkata, selepas mengetahui bahawa hospital berkenaan berhadapan dengan kekurangan kemudahan itu, SHAREDA terus mewujudkan pungutan dana amal dalam kalangan ahli serta jawatankuasanya. “Kami berharap sumbangan RM100,000 ini akan mengurangkan bebanan HWKKS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya