HomeUtamaTiga MP Bersatu Cabar PH Tidak Merancang Rebut Kuasa atau Bentuk Kerajaan...

Tiga MP Bersatu Cabar PH Tidak Merancang Rebut Kuasa atau Bentuk Kerajaan dengan Sokongan Kleptokrat

Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Tiga ahli Parlimen Bersatu hari ini mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan secara terbuka kepada rakyat bahawa mereka tidak merancang untuk merebut kuasa atau membentuk kerajaan dengan sokongan kleptokrat.

Gesaan itu dibuat hari ini oleh Anggota Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Ali Biju (Saratok), Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Di dalam satu kenyataan bersama itu mereka merujuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membenarkan kleptokrat memegang jawatan dalam pemerintahan.

“Hari ini, DAP (Parti Tindakan Demokratik) telah menyatakan calon Perdana Menteri mereka adalah Datuk Seri Anwar ibrahim. Walaupun mengakui hakikat bahawa Anwar tidak memiliki angka dan dia tentu akan bergantung kepada sokongan kleptokrat dan kelompok mahkamah, mereka tetap menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya. “

“Setelah membuat penentangan terhadap pemerintahan kleptokrat pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), apakah ini yang DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat), Amanah (Parti Amanah Negara) mahukan ? iaitu mengambil kuasa walau dengan apa cara sekalipun dengan menjalinkan kerjasama bersama bukan rakan seperjuangan, soal mereka lagi.

Menurut mereka lagi sekiranya tindakan untuk mengambil kuasa itu diteruskan, apakah harga yang dibayar untuk meneruskan kerjasama dengan kumpulan kleptocrat itu? sila nyatakan dan tentunya rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Ahli Parlimen Bersatu itu menambah bahawa apa pun yang berlaku sekarang, Muhyiddin tetap gah menjalankan tanggungjawabnya , walaupun karier politiknya terancam dia tetap enggan menyerah kepada kleptokrat, enggan campur tangan dalam kes mahkamah dan enggan menjual masa depan negara kepada pembida tertinggi.

Sementara itu, dalam ucapan khas Muhyiddin yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam, beliau telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar gabungan Perikatan Nasional (PN) setelah undi percaya di Parlimen yang dijadualkan pada 7 September.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mengatakan bahawa tidak seorang pun MP dapat membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menghadirkan diri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai perdana menteri yang baru.

Terdahulu, Muhyiddin berkata tujuh cadangan bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.

Antara lain Perdana Menteri menjanjikan suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen, jika memperoleh sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.

Beliau juga berkata kerajaan memberi jaminan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah MP Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menjemput semua pimpinan parti politik untuk bersama membincangkan cadangan tersebut dan sekiranya dipersetujui akan memanggil sidang khas untuk membentang usul undi percaya dengan segera.

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular