HomeUtamaKoperal Udara Sharif Mohd Siddiq Selamat Dikebumikan

Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Selamat Dikebumikan

Read Time:1 Minute, 27 Second

BAU : Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seniawan Seberang, di sini, ketika jenazah mangsa tembakan di Balai Pengawal di Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan, pagi Jumaat lalu, tiba untuk dikebumikan, pagi tadi.

Ketibaan jenazah pada jam 9 pagi dalam suasana pilu diiringi pegawai dan anggota TUDM dengan keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Pengebumian jenazah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 30, dilaksanakan dengan istiadat ketenteraan, dengan kira-kira 50 anggota tentera dan penduduk kampung memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Isteri arwah, Shima Mustapha, 29, bersama dua anak perempuannya, Sharifah Syafa Syakira Sharif Mohd Siddiq Al-Attas, 5 dan Sharifah Syafa Syahirah, 3, kelihatan sayu sepanjang pengebumian.

Anak bongsunya, Syarif Edrogan yang baru berusia dua bulan, tidak dibawa bersama ke tanah perkuburan itu.

Turut hadir, Panglima Wilayah Udara Dua, Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim TUDM serta beberapa pegawai kanan Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan

Shamsudin turut menyerahkan bendera TUDM serta Jalur Gemilang kepada Shima pada penghujung istiadat pengebumian itu.

Allahyarham Sharif Mohd Siddiq Al-Attas disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kota Samarahan pada jam 9.20 pagi Jumaat iaitu dua jam selepas dia terkena tembakan rakan setugasnya pada jam 7.15 pagi.

Tiga lagi anggota disahkan meninggal dunia di tempat kejadian iaitu Koperal Udara Ho Swee Boon, Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat dan Laskar Udara Kanan Nesly Nabau.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan jenazah Mohammad Ehsan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Asajaya Laut, Samarahan, Ho Swee Boon pula akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Pasir Ulu, Lundu manakala Nesly akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Sibu.

Upacara pengebumian tiga lagi mangsa itu dijangka disempurnakan sebaik proses bedah siasat selesai, hari ini. -Bharian

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya