HomeUtamaSeluruh Kabinet Telah Letak Jawatan

Seluruh Kabinet Telah Letak Jawatan

Read Time:1 Minute, 51 Second

PETALING JAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan peletakan jawatan seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Utusan Online menyatakan, Khairy menerusi laman Instagram berkata peletakkan jawatan itu telah pun diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah.

“Seluruh Kabinet telah pun menyembah maklum peletakkan jawatan  kepada Agong.

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya, sekali lagi berkhidmat untuk negara. Semoga Tuhan berkati Malaysia,” katanya.

Sementara itu, kenderaan bersama polis pengiring membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  tiba di Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Dipertuan Agong dan meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 11.45 pagi.

Dalam pada itu, menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat kabinet hari ini berlangsung dengan tenang dan semua pemimpin wakil parti bersetuju solidariti dibentuk antara parti dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikekalkan selepas ini.

Katanya,  ketika mesyuarat kabinet pagi tadi, setiap menteri yang mewakili parti dalam kerajaan juga diberi peluang berucap dan memberi pandangannya.

“Perjalanan mesyuarat Alhamdulillah, semua tenang dan setiap wakil parti memberi ucapan dan semua setuju kekalkan solidariti bersama.

“Perjuangan masih panjang dan program vaksinasi perlu diteruskan. Kebajikan rakyat dan keadaan semasa rakyat yang susah masih jadi sebahagian ucapan Perdana Menteri tadi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut meminta semua rakyat supaya menunggu perkembangannya selepas ini.

Pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu, beberapa Menteri Kabinet lain yang cuba dihubungi masih tidak memberi respons.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular