HomeUtamaPandemik Covid-19 Bukan Alasan Lupakan Hari Kebangsaan

Pandemik Covid-19 Bukan Alasan Lupakan Hari Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 15 Second

BEAUFORT : Pandemik COVID-19 bukan alasan untuk rakyat melupakan sambutan Bulan Kebangsaan yang berlangsung sepanjang bulan ini hingga 16 September depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam berkata rakyat seharusnya menzahirkan semangat patriotisme menerusi kibaran Jalur Gemilang di rumah mahupun premis masing-masing.

“Sepanjang sambutan bulan kebangsaan ini, rakyat seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah, di pejabat serta di kawasan kampung masing-masing.

“Sekalipun negara masih dilanda wabak COVID-19, kibarkanlah Jalur Gemilang dengan kreativiti sendiri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Pandemik COVID-19 bukanlah alasan untuk rakyat melupakan hari bersejarah negara yang kita sambut setiap bulan Ogos hingga 16 September nanti,” katanya selepas menyempurnakan gimik Program Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Sri Dayang Lumadan disini kelmarin.

Pada program itu, Ruslan yang menerima Jalur Gemilang daripada Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa kemudian mengagihkannya kepada wakil-wakil anak negeri, pengerusi-pengerusi masjid serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk dikibarkan. 

Dalam pada itu, Ruslan yang turut diiringi Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Matbali Musah,  Pegawai Daerah, Abdul Basirun dan Pegawai Penerangan Daerah, Awang Muil Awang Raya juga memacakkan Jalur Gemilang pada cermin kenderaan awam di Kampung Jaya Baru Lumadan sebagai satu lagi gimik program berkenaan.

Secara keseluruhannya, Harun berkata, Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah menggerakkan 120 petugas dengan 30 buah unit bergerak untuk melaksanakan hebahan serta kempen mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh ceruk negeri ini.-PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya