HomeUtamaAgong Jumpa Serentak Ketua-Ketua Parti Politik

Agong Jumpa Serentak Ketua-Ketua Parti Politik

Read Time:43 Second

PETALING JAYA :Beberapa ketua parti tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu.

Antara ketua-ketua parti yang terawal tiba adalah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi pintu 2 Istana Negara iaitu kira-kira pukul 1.50 petang.

Kenderaan dipercayai membawa Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Pintu 2 Istana Negara

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu kemudiannya disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir dalam sesi tersebut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sabah Media difahamkan sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya