PICK : 276 Penduduk PKPD Diberikan Vaksinasi Menerusi Program ‘Outreach’ JKNS-UMS

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Seramai 276 penduduk Taman Putera Jaya Telipok yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berjaya diberikan vaksinasi COVID-19 baru-baru ini.

Program Vaksinasi Mobile Task Force Imunisasi COVID-19 (CITF) itu telah dilaksanakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Pengarah Hospital UMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata,  program jangkauan luar yang dilaksanakan di Daerah Kota Kinabalu itu melibatkan seramai 16 orang petugas HUMS terdiri dari dua Doktor Perubatan, dua jururawat dan 12 kakitangan sokongan HUMS.

“Manakala petugas dari JKNS pula melibatkan seramai 11 orang iaitu membabitkan tiga jururawat dari Klinik Kesihatan Telipok, tiga kakitangan CITF dan lima kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

“Dengan slogan ‘Bah Vaksin Kita’, program jangkauan luar  ini telah berjaya memberikan vaksinasi kepada seramai 276 orang penduduk sekitar Taman Putera Jaya, Telipok yang sedang menjalani tempoh PKPD,” katanya.

Helen turut berharap agar usaha sedemikian akan terus dilaksanakan d kawasan PKPD bagi membantu usaha kerajaan negeri mencapai imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Sabah sekaligus mengelak penularan COVID-19 dalam komuniti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *