HomeIsu tempatanGotong-Royong Mampu Erat Perpaduan Dalam Sebuah Komuniti

Gotong-Royong Mampu Erat Perpaduan Dalam Sebuah Komuniti

Read Time:59 Second

TAMPARULI: Amalan gotong-royong mampu menerapkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, gotong-royong bukan sahaja dapat meringankan satu kerja yang berat, tetapi mampu mengeratkan perpaduan dalam sesebuah komuniti.

“Semua tahu, nikmat gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang masih dipraktikkan dalam gaya hidup moden masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke program gotong-royong membina tandas milik seorang penduduk di Kampung Monggis, disini hari ini.

Hadir sama, Penyelia Kemajuan Masyarakat Tamparuli Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Tenghilan Selvis Gambar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Monggis, Naim Dalunsu.

Jahid berkata, amalan tersebut memberi semangat kepada masyarakat bahawa tugasan berat mana pun mampu diselesaikan dengan baik kerana semua pihak menghulurkan bantuan.

“Keadaan ini pasti menjadikan semua perkara dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli turut memuji semangat yang ditunjukkan masyarakat kampung menerusi usaha mengadakan gotong-rotong berkenaan meskipun terpaksa diadakan dalam norma baharu.

Diadakan dalam suasana penuh prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kehadiran secara bergilir, program itu dilihat berjaya.

Jahid turut menyerahkan sumbangan wang tunai pada program tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular