Pemuda SAPP KK Fokus Program Bantu Rakyat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Meskipun dalam keadaan suhu politik negara yang semakin panas, Pemuda Parti Progresif Sabah (SAPP) Kota Kinabalu memilih untuk fokus meneruskan program membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Dalam program tersebut Naib Ketua Pemuda SAPP Dexter Chin bersama pasukan bergerak untuk mengedarkan bantuan bakul makanan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan.

Menurut Dexter, terdapat ramai golongan muda yang bekerja makan gaji sekitar Kota Kinabalu terkesan kerana masih ada beberapa sektor perkerjaan belum dibuka.

“Saya berharap segala kemelut politik yang berlaku ini akan cepat berlalu dan kita dapat fokus kepada pelan pemulihan negara.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini, dapat mengurangkan beban penerima,” katanya.

Sementara itu kerajaan negeri sedang giat menjalankan program imunisasi vaksin COVID-19 untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Manakala kempen patuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19 juga sedang giat dilaksanakan diseluruh negeri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *