COVID-19: Majlis Kahwin Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Baiduri, Lahad Datu, dimana siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Baiduri, Lahad Datu melibatkan komuniti di Mukim Felda Sahabat, Daerah Lahad Datu.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warganegara Indonesia, 47, yang disahkan positif COVID-19 pada 11 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Tungku selepas bergejala sejak 10 Ogos 2021.

Bagaimanapun, turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudiannya mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu hari ini.Manakala, 101 individu didapati negatif saringan pertama.

Menurut Masidi lagi, punca jangkitan masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 06 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak.

“Kes indeks merupakan bapa kepada pengantin tersebut. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu dan Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

“Manakala kontak-kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *