HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Kembali Mencatat Kes Harian Melepasi Angka 2,000

COVID-19 : Sabah Kembali Mencatat Kes Harian Melepasi Angka 2,000

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali mencatat kes harian melepasi angka 2,000 hari ini iaitu sebanyak 2,103 kes dengan peningkatan sebanyak 375 berbanding 1,728 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu kekal penyumbang kes terbanyak iaitu 467 kes dengan penambahan sebanyak 106 kes.

“Bagi daerah Tuaran pula menambah 51 kes dengan 200 kes baharu, Keningau bertambah 96 kes, Tenom sebanyak 52 kes bertambah dan Ranau menambah sebanyak 26 kes baharu.

“Daerah-daerah yang mencatat kes yang tinggi ialah Tawau 255 kes, Sandakan 208 kes, Penampang 135 kes, Lahad Datu 78 kes dan Kota Belud 71 kes,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, daripada 2,103 kes hari ini sebanyak 1,243 kes atau 58.4 peratus merupakan Saringan Kontak Rapat, 532 kes atau 25.3 peratus adalah daripada Saringan Bergejala dan 161 kes atau 7.7 peratus adalah daripada kluster-kluster sedia ada.

“Seperti semalam pesakit dalam Kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 969 kes atau 46.1 peratus, Kategori 1, 582 kes atau 27.7 peratus, Kategori 3 sebanyak sembilan kes, Kategori 4 dan 5 masing-masing mencatatkan tiga kes.

“Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,243 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya