HomeUtamaJaPen Sabah Agih 200 Jalur Gemilang, Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan

JaPen Sabah Agih 200 Jalur Gemilang, Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 26 Second

PAPAR : Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah mengagihkan sebanyak 200 Helai Jalur Gemilang di beberapa lokasi di daerah ini bagi memeriahkan sambutan bulan kebangsaan tahun ini.

Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah berkata, agihan Jalur Gemilang serta bendera Sabah itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat meskipun masih dilanda pandemik COVID-19.

“Secara keseluruhannya, kita telah mengedarkan sebanyak 200 helai Jalur Gemilang dan bendera Sabah menerusi Program Penyampaian Bakul Makanan dan Penyerahan Jalur Gemilang hari ini (kelmarin).

“Persiapan yang bermula sejak semalam (kelmarin) itu membolehkan kita membuat agihan kepada beberapa lokasi termasuk Istana Negeri Sabah, Balai Polis Bongawan selain Pondok Sekatan Jalan Raya (SJR) 3 dan SJR 4,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Penyampaian Bakul Makanan dan Penyerahan Jalur Gemilang di Balai Polis Bongawan disini kelmarin.

Gimik pengagihan Jalur Gemilang itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dan Timbalannya, Datuk Mazli Mazlan.

Program sehari itu merupakan kolaborasi pintar di antara JaPen Sabah dengan Polis Kontinjen Sabah dan Istana Negeri Sabah.

Nadzerah berkata, kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Juhar dalam program itu amat hargai dan menjunjung kasih.

 Mengenai perkembangan Info On Wheel (IOW) Merdeka, Nadzerah memaklumkan, sehingga kini JaPen Sabah telah mencapai 45 peratus daripada sasaran ditetapkan.

“Tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan para petugas kita di lapangan, kita terus melaksanakan IOW Merdeka menerusi hebahan untuk mengajak masyarakat supaya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang,” jelas beliau.

Tambahnya, bulan kebangsaan yang disambut bermula 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun di seluruh Malaysia menjadi wadah  penzahiran rasa cinta rakyat terhadap tanah air.- PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya