HomeUtamaPICK : UMS Bantu Laksana Pemberian Vaksinasi Kepada Penduduk Terjejas PKPD

PICK : UMS Bantu Laksana Pemberian Vaksinasi Kepada Penduduk Terjejas PKPD

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mempergiatkan lagi inisiatif bagi membantu melaksanakan program vaksinasi kepada penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Kota Kinabalu.

Terbaharu, melalui Program Vaksinasi Mobile Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi (CITF) COVID-19  Daerah Kota Kinabalu, seramai 132 penduduk University Apartment 1 (UA1) yang dikenakan PKPD sejak 6 Ogos lalu telah menerima vaksinasi.

Pegawai Perubatan Hospital UMS Dr. Rishaini Elengovan berkata, program yang melibatkan kolaborasi pelbagai pihak antaranya pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Cawangan Sabah itu merupakan siri kedua diadakan selepas siri pertama di Taman Putera Jaya, Telipok pada 12 Ogos lalu.

“Tanpa mengira penat lelah dan risiko yang bakal dihadapi, seramai 15 petugas yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Juru X-Ray, Juruteknologi Makmal Perubatan, serta kakitangan pentadbiran telah terlibat bagi menjayakan program ini di kawasan PKPD.

“Program ini diadakan bagi memudahkan penduduk yang terlibat mendapatkan vaksinasi tanpa perlu keluar dari kawasan PKPD, dan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan risiko kepada penduduk di kawasan yang mempunyai kes penularan COVID-19,” katanya.

Rishaini yang juga merupakan Ketua Penyelaras Bersama Program jangkauan luar  itu berkata, program itu secara tidak langsung akan dapat membantu mempercepatkan sasaran kerajaan negeri Sabah untuk mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk Sabah telah mendapat suntikan vaksin menjelang Oktober ini.

Program jangkauan luar itu dijangka akan diteruskan di beberapa lokasi di sekitar Kota Kinabalu sehingga 2 September ini antaranya di Taman Bukit Setia, Sepanggar, Tanjung Aru, dan Sembulan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya