HomeUtamaMartabatkan Pendidikan Guna Teknologi Pembelajaran Norma Baharu

Martabatkan Pendidikan Guna Teknologi Pembelajaran Norma Baharu

Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Memartabatkan pendidikan dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran norma baharu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, komputer riba merupakan keperluan para pelajar dalam menjalani proses pembelajaran norma baharu semasa pandemik ini.

“Kita faham generasi sekarang ialah generasi yang berada dalam era teknologi maklumat, komunikasi dan juga digital. Komputer riba merupakan bukan lagi satu kemewahan ataupun kelebihan tetapi ia adalah keperluan untuk para pelajar .

“Dalam usaha menuntut ilmu yang akan menggunakan teknologi-teknologi secara maya, kita bantu pelajar-pelajar agar proses pembelajaran tidak terganggu” katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Tanjung Keramat itu berkata pihaknya sangat menitikberatkan penguasaan ilmu agar ianya dapat membantu masyarakat di masa hadapan.

“Dengan penguasaan ilmu maka seseorang itu boleh mengubah nasibnya dan nasib keluarganya. Maka kita menitikberatkan penguasaan ilmu dan proses pembelajaran bagi anak-anak kita” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan komputer riba kepada beberapa orang pelajar yang cemerlang dan kurang berkemampuan sekitar kawasan Tanjung Keramat di Putatan kelmarin.

Untuk rekod, sumbangan komputer riba ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat Rakyat N24 dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N24 Tanjung Keramat dalam usaha memartabatkan pendidikan dan mengiktiraf kecemerlangan pendidikan dikalangan pelajar.

Beliau berharap dengan sumbangan ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) para pelajar sekaligus dapat menyuntik semangat mereka dalam menimba ilmu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya