HomeUtama114 Ahli Parlimen Dipanggil Ke Istana Negara Pagi Ini, Ismail Sabri Bakal...

114 Ahli Parlimen Dipanggil Ke Istana Negara Pagi Ini, Ismail Sabri Bakal PM Ke-9

Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-sembilan telah dipanggil ke Istana Negara bermula pagi ini.

Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN),Parti Islam SeMalaysia (PAS) ; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen Bebas.

Difahamkan, kehadiran mereka ke Istana Negara pagi ini adalah bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sumber menyatakan, pergerakan ke Istana Negara adalah mengikut parti bermula seawal jam 10 pagi yang dimulakan dengan GPS; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); UMNO dan BN serta PAS pada sebelah petang.

Pergerakan Ahli Parlimen BN dan UMNO esok akan bergerak ke Istana Negara dalam dua kumpulan menaiki bas khas dari ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, di sini.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular