COVID-19 : Daftar Lewat Antara Punca Kes Meningkat Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Jumlah kes harian COVID-19 yang diumumkan setiap hari tidak semestinya berlaku apabila keputusan saringan diketahui dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 247 kes atau 9.02 peratus  hari ini adalah kes berdaftar lewat (backlog) lebih lima  hari.

“Selain itu sebanyak 223 kes melibatkan empat hingga lima hari dan 1012 kes atau 37 peratus berdaftar selepas dua hingga tiga hari keputusan saringan diketahui.

“Pendaftaran lewat ini berlaku kerana pengumpulan dan penyemakan data secara teliti serta melibatkan jumlah yang agak banyak,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, maklumat-maklumat ini juga datang daripada pelbagai daerah di negeri Sabah.

Katanya, jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah 2,738 kes iaitu peningkatan 155 kes berbanding 2,583 kes yang dicatatkan semalam.

“Daerah Kota Kinabalu kekal sebagai daerah tertinggi kes COVID-19 dengan 454 kes turun mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam.

“Bagi daerah Penampang pula naik dengan penambahan 26 kes kepada 328 kes, Sandakan (236) kes, tambahan (+66) kes dan Tuaran melonjak ke (235) kes, bertambah (+72) kes,” katanya.

Katanya, daerah Tawau turun sedikit kepada 225 kes tetapi Sipitang naik (+45) kes kepada 181 kes.

“Daerah-daerah lain yang mencatat tiga angka ialah Papar 138 kes dan Putatan 104 kes. Ranau menambah (+75) kes kepada 94 kes, Lahad Datu 94 kes (turun 27) kes, Keningau 83 kes (turun 42) kes, Kinabatangan 74 kes (naik 34) kes dan Tongod naik 33 kes kepada 58 kes,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *