COVID-19: Satu Kluster Baharu, 9 Lokaliti PKPD di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu di Sabah hari ini iaitu Kluster Sawit Sukau, Kinabatangan, Lahad Datu berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan pekedai runcit, lelaki, 54, di dalam ladang sawit itu.

Katanya, kes indeks yang menjalani saringan tempat kerja di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan pada 6 Ogos 2021 namun disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan selanjutnya dan telah didaftarkan di daerah Lahad Datu.

Sementara aktiviti persampelan kontak sosial, pekerja dan tanggungan mendapati 29 lagi kes positif baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes.

Menurut Masidi siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

Dalam perkembangan lain, setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan 14 hari berkuat kuasa 22 Ogos 2021 hingga 4 September 2021 di lokaliti-lokaliti seperti berikut iaitu empat Lokaliti di Kota Belud, Kg Kulambai, Kg Kulambai Kupang dan Kg Kulambai Gundau, Kg Labuan, Kg Ambong Tolus dan Kg Tuguson, dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan Perumahan Lestari, Felda Sahabat 48, dua lokaliti di Tawau, Taman Milennium dan Taman Kinabutan Ria serta Kg Tangkuyan, Tongod.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *