HomeUtamaUMNO Sabah Yakin Ismail Sabri Dapat Tangani Pandemik Dengan Lebih Berkesan

UMNO Sabah Yakin Ismail Sabri Dapat Tangani Pandemik Dengan Lebih Berkesan

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : UMNO Sabah meletakkan harapan dan keyakinan tinggi kepada Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menangani isu pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan selepas ini.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Naib Presiden UMNO itu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Ismail Sabri mengetuai kerajaan Pusat dengan lebih baik.

“UMNO Sabah mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Kesembilan. Saya yakin beliau boleh memimpin dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Beliau pernah mengetuai beberapa kementerian dan turut diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata isu pandemik Covid-19 termasuk di Sabah yang menunjukkan peningkatan mendadak kes sejak kebelakangan ini perlu ditangani dengan segera.

Pada masa yang sama, katanya usaha juga perlu digerakkan untuk memulihkan ekonomi di samping mengutamakan kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan.

“Kita juga yakin pelantikan Ismail Sabri dapat menstabilkan semula politik negara agar tumpuan dapat diberikan kepada usaha yang menjurus kepada kesihatan, pemulihan ekonomi dan pembangunan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular