HomeUtamaCOVID-19: Satu Kluster Tempat Kerja, Tujuh Lokaliti PKPD

COVID-19: Satu Kluster Tempat Kerja, Tujuh Lokaliti PKPD

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kluster Cantawan, Lahad Datu merupakan satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini berpunca kluster tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Cantawan, Lahad Datu adalah kluster tempat kerja yang berlaku di Mukim Silabukan, Daerah Lahad Datu.

Katanya, kes indeks merupakan kakitangan lelaki, 24, di ladang kelapa sawit tersebut disahkan positif (RTK-Ag) di klinik swasta pada 16 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 12 Ogos 2021. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap kontak rapat dan ahli keluarga mendapati pertambahan bilangan kes positif.

“Saringan telah dibuat daripada 78 individu, 46 individu dikesan positif termasuk 27 kes baharu hari ini. Manakala 32 individu lagi didapati negatif saringan pertama.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan. Kontak- kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di Ladang Centawan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Dalam perkembangan lain, tujuh lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 23 Ogos 2021 hingga 5 September 2021 melibatkan empat Lokaliti di Tawau iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4, manakala dua lokaliti di Beluran iaitu Kampung Sulit paitan dan Kampung Matanggal Lama serta PPR Taman Mesra, Sandakan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya