HomeUtamaCOVID-19 : Kes Tunggak Dan Daftar Lewat Terus Jadi Penyumbang Jumlah Kes...

COVID-19 : Kes Tunggak Dan Daftar Lewat Terus Jadi Penyumbang Jumlah Kes Tinggi Di Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kes tertunggak dan daftar lewat terus menjadi penyumbang kepada jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi di Sabah apabila mencatat sebanyak 2,651 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, menerusi analisis data, sebanyak 447 kes atau 16.9 peratus adalah keputusan tertunggak melebih lima hari.

“Sebanyak 364 kes atau 13.7 peratus kes tertunggak adalah antara empat hingga lima dan 936 kes atau 35.3 peratus kes merupakan kes tertunggak antara dua hingga tiga hari.

“Ini bermakna hampir 66 peratus kes harian iaitu 1,747 kes adalah yang didaftar selepas dua hari keputusan saringan diperolehi,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, penjelasan itu perlu difahami bagi mengelak tanggapan bahawa jumlah kes harian yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, kes bagi daerah Kota Kinabalu melonjak tinggi kepada 669 kes, naik  dengan penambahan sebanyak 215 kes berbanding semalam dimana 60 peratus kes merupakan Kontak Rapat.

“Penampang juga naik dengan penambahan sebanyak 78 kes kepada 406 kes, Tuaran (247 kes, Tawau (240 kes), Sandakan (178 kes), Papar (130 kes), Lahad Datu (100 kes), Putatan (96 kes), Keningau (87 kes) dan Kinabatangan (76 kes).

“Secara keseluruhan 1,612 kes atau 60.81 peratus kes baharu melibatkan Kontak Rapat, 689  kes atau 25.99 peratus melalui Saringan Bergejala dan 107 kes atau 4.04 peratus adalah kes daripada kluster-kluster,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya