HomeUtamaIsmail Sabri Angkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke-9

Ismail Sabri Angkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke-9

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 2.28 petang.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ismail,61, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam diiringi isterinya, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Ismail kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos lalu.

Selain itu, turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najid Tun Razak ,Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular