HomeIsu tempatanKekal Keamanan Dan Silaturrahim Dalam Komuniti - Jahid

Kekal Keamanan Dan Silaturrahim Dalam Komuniti – Jahid

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMPARULI: Masyarakat diseru agar mengekalkan keamanan dan silaturrahim dalam komuniti setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kunci utama perpaduan adalah sikap toleransi kaum dan agama di samping semangat bekerjasama di antara ahli komuniti tersebut.

“Bila kita bersatu dan sentiasa bertolak ansur di dalam semua perkara, sudah tentu semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Dan Program RT Cares Bakul Makanan Penduduk Taman Wirajaya 1, disini kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan Pemaju Mukim Tamparuli, James Sinail.

Katanya, semangat patriotisme rasa cinta kepada negara juga diperlihatkan dari sudut kesepakatan dan permuafakatan penduduknya.

“Jika kampung kita sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera, sudah pasti rakyat serta kawasan sekelilingnya juga selamat dan tidak terancam,” katanya.

Jahid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, mengharapkan agar semangat merdeka seluruh masyarakat tidak pudar sungguh pun dalam keadaan norma baharu, di mana mereka terpaksa berhadapan dengan Pandemik COVID-19.

Beliau turut menasihati mana-mana penduduk yang belum menerima suntikan vaksin agar mendaftar segera bagi mendapatkan peluang divaksinasi, demi kebaikan semua pihak.

Pada program tersebut, Jahid turut meluluskan permohonan sumbangan pakaian rasmi oleh KRT Taman Wira Jaya 1, dan memuji usaha murni mereka mengadakan program tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Wira Jaya 1, Beannes Gundarong, berkata, sebanyak 60 bungkusan akan diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan itu, selain bendera Jalur Gemilang kepada penduduk.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya