175 KIR Di 4 Kampung DUN Kundasang Terima Sumbangan Bakul Makanan

Read Time:48 Second

RANAU: Seramai 175 ketua isi rumah (KIR) di empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan bakul makanan.

Penerima dari empat kampung tersebut merupakan penduduk dari Kg. Nawanon, Kg. Kantas Baru, Kg. Pugi dan Kg. Gunsapou.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin dan memberikan sumbangan kepada rakyat Ranau khusunya DUN Kundasang.

“Saya bersyukur di atas sumbangan daripada Syarikat Kini Progresif Sdn. Bhd. Terima kasih dan semoga Tuhan memberkati anda,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan media.

Edaran sumbangan bakul makanan ini diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo. Turut serta ialah Pegawai Khas, Pemaju Mukim serta dua lagi sukarelawan dari Kg Kundasang.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat mengedarkan sumbangan bakul makanan ini.

“Kerjasama di antara jentera pentadbiran DUN Kundasang amat saya hargai, saya percaya ini adalah untuk rakyat,” tambahnya lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.