HomeIsu tempatanKumpulan Sawit Kinabalu Sumbang 1,300 Bendera Di DUN Lumadan, Meriahkan Bulan Kemerdekaan

Kumpulan Sawit Kinabalu Sumbang 1,300 Bendera Di DUN Lumadan, Meriahkan Bulan Kemerdekaan

Read Time:1 Minute, 13 Second

BEAUFORT : Sebanyak 1,300 helai Jalur Gemilang dan bendera Sabah diserahkan Kumpulan Sawit Kinabalu kepada beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Penyerahan itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam pada Majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang di pejabat ADUN Lumadan baru-baru ini.

Bacho berkata, penyerahan sumbangan Jalur Gemilang dan bendera Sabah itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.

“Selaras dengan tema sambutan bulan kemerdekaan iaitu Malaysia Prihatin, kami berbesar hati untuk menyumbang sebanyak 1,300 helai bendera (Jalur Gemilang & Sabah) bagi memeriahkan hari kemerdekaan negara kita khususnya ketika berdepan Pandemik COVID-19.

“Ini adalah sebahagian daripada CSR kami kepada penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bendera itu kemudian akan diagihkan kepada kepimpinan kampung mengikut zon di DUN Lumadan.

Sementara itu, Ruslan turut memuji inisiatif Kumpulan Sawit Kinabalu yang menyalurkan sumbangan berupa Jalur Gemilang dan bendera Sabah bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.

“Meskipun berdepan Pandemik COVID-19, rakyat seharusnya menzahirkan semangat patriotisme menerusi kibaran Jalur Gemilang sama ada di rumah, di pejabat serta di kawasan kampung masing-masing.

“Sekalipun negara masih dilanda wabak COVID-19, kibarkanlah Jalur Gemilang dengan kreativiti sendiri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Pandemik COVID-19 bukanlah alasan untuk rakyat melupakan hari bersejarah negara yang kita sambut setiap bulan Ogos hingga 16 September nanti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya