HomeUtamaIsmail Sabri Mahu Rakyat Sepakat Selamatkan 'Keluarga Malaysia'

Ismail Sabri Mahu Rakyat Sepakat Selamatkan ‘Keluarga Malaysia’

Read Time:1 Minute, 14 Second

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu semua rakyat Malaysia bersepakat untuk menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’.

Katanya, pendekatan frasa Keluarga Malaysia kerana frasa itu dilihat bersifat lebih inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

“Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga,” katanya dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Beliau turut meminta seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri mengakui, ketika pandemik masih belum reda, beliau menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak COVID-19.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah. Saya menginsafi kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua.

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan dan bukan sedikit yang dibuang kerja.

“Kita sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri, sama ada anak muda, mahupun yang berusia. Kita diibaratkan saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan GRS bawa Sabah ke arah kemajuan lebih signifikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya