HomeUtamaPICK : Pemberian Vaksin Di Malaysia Cecah 30.8 Juta Dos

PICK : Pemberian Vaksin Di Malaysia Cecah 30.8 Juta Dos

Read Time:1 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 469,690 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30,840,093 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dalam hantaran melalui media sosial hari ini, berkata setakat jam 11.59 malam tadi sebanyak 159,792 menerima suntikan dos pertama dan 309,898 bagi dos kedua.

Jumlah peratusan vaksinasi terkini bagi populasi dewasa di negara ini juga terus mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 77.4 peratus individu atau 18,121,392 sudah melengkapkan dos pertama, manakala 54.3 peratus atau 12,718,701 lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Labuan mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa tertinggi mengikut negeri iaitu 90.6 peratus, diikuti Sarawak 84.1 peratus dan Lembah Klang 81.3 peratus.

Dalam pada itu, Selangor mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi semalam dengan 96,884 bagi dos kedua dan 14,745 untuk dos pertama.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 55,706 dos kedua dan 17,482 dos pertama.

Malaysia kini berada dalam Fasa Tiga PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas serta kalangan warga asing yang berada di negara ini. – BH

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya