HomeIsu tempatanJamawi Alu-alukan Rancangan Kerajaan Membina Jalanraya Dari Pekan Tenom ke Kampung Pangi

Jamawi Alu-alukan Rancangan Kerajaan Membina Jalanraya Dari Pekan Tenom ke Kampung Pangi

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Mantan Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar menyambut baik komitmen kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya yang telah memasukkan perancangan untuk membina jalanraya dari Tenom ke kawasan Pangi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 .

Jamawi berkata, beliau yakin perkara ini akan menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya dibawah pimpinan Dato’ Sri Bung Moktar Radin seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang sudah tentu merasai denyut nadi rakyat di kawasan luar bandar khususnya penduduk Kampung Pangi yang sekian lama mengimpikan keperluan jalanraya dari kampung tersebut untuk menghubungkan pekan Tenom yang hanya jaraknya sekitar 12 kilometer.

“ Saya yakin perkara ini akan menjadi keutamaan kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh Bung untuk dilaksanakan bagi memberikan kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500 orang penduduk Kampung Pangi dan sekitarnya yang selama ini hanya bergantung kepada pengangkutan keretapi untuk ke pekan Tenom” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ir. Ali Ahmad Hamid baru-baru ini dalam kenyataan medianya berkata, Program Pembangunan Kampung Pangi, Tenom termasuk laluan jalanraya ke pekan Tenom telah dimasukkan dalam RMK-12 .

Menurut Ali, pada peringkat permulaan kajian akan dibuat terlebih dahulu memandangkan ianya melibatkan kos yang agak tinggi kerana keadaan laluan berbukit menyebabkan pembinaan yang dirancang akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Kita ada dua pilihan laluan samada sebelah kiri yang mana kosnya lebih sedikit kerana kawasannya kurang berbukit selain sudah ada jalan tersedia , itu dari pekan Tenom menunju ke kawasan Hidro dimana kita hanya perlu membuat satu jambatan sejauh 230 meter dari kawasan Hidro ke Kampung Pangi atau mengekalkan laluan di sebelah kanan dengan anggaran kosnya sekitar 165 juta” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) berharap pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah dapat menambah operasi perjalanan keretapi dari pekan Tenom ke Kampung Pangi bagi memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan tersebut agar mereka tidak perlu berkejar dengan masa apabila berurusan di pekan Tenom.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular